Assalamualaikum
hai..
Sayangilah rambut anda kerana ia merupakan mahkota dirimu.
wah3 pembuka bicara ku ini.Ok seperti yang anda tahu rambut merupakan mahkota kepada
kaum wanita. Rambut yang cantik akan menaikkan seri wajah seseorang.
Adalah penting menjaga kesihatan rambut supaya sentiasa kelihatan
cantik, lebat dan kekal hitam. betul tak ? Terdapat beberapa petua/tips yang dapat
membantu memelihara kecantikkan rambut korang.
*gambar hiasan
Ok.Ni antara petua untuk rambut yang cantik.
Korang ambil
beberapa helai daun limau purut, daun bunga raya putih dan sedikit air.
Kemudian ramaskan bahan-bahan ini, sehingga hancur dan tapiskan airnya.
Air tapisan itu bolehlah dilumur pada kepala dengan cara urutan
perlahan dan dibungkus dengan kain tuala bersih. Haaa. biarkan selama 10-15
minit, selepas itu bilaskan dengan air yang bersih. Amalkan seminggu
sekali ye dan korang akan merasai kesegaran kulit kepala serta keharuman pada
rambut mu. hehe
Antara lain, Korang ambil beberapa helai daun rambutan dan
diramaskan dengan sedikit air. Air ramasan itu dilumurkan pada rambut
dan dibiarkan lebih kurang 15 minit. Kemudian barulah dibilas dengan air
bersih. Amalkan seminggu sekali.
Seterusnya untuk kekalkan kehitaman dan kelebatan rambut pulak.
Amalkan dengan menggunakan minyak kelapa
yang telah dimasak dengan bunga tebu hitam. Sapukan pada rambut dan
jangan terkena pada kulit kepala. Amalkan 3 kali seminggu, InsyaAllah
rambut akan kekal kelihatan hitam bersinar sinar macam permate gitu.
Selain itu, sapukan rambut
dengan pati santan(Kepala santan) yang telah dicampur dengan perahan
limau nipis. Pati santan diperolehi dengan membiarkan santan semalaman
dalam peti. Balut kepala dengan tuala dan biarkan selama 15 minit.
Kemudian baru dibilas, rambut akan kelihatan hitam, lebat dan berkilau.
Lakukan sekali seminggu. Ha yang nie mesti ramai yang dah tahu kan. mak lily pon amalkan nye.
Itu je yang lily nak kongsikan kali nie. tunggu sambungan berkaitan rambut untuk next entry ye sayang sayang kuH.
Byeeeeeeee....
No comments:
Post a Comment