Kulit Tangan Cantik



Assalamualaikum

*sebagai gambar hiasan

Haiiii. uols nak tak tangan anda semua cantik je. nak tak. lagi lagi wanita yang akan melangsungkan perkahwinan mesti nak tangan cantik je masa suami korang sarungkan cincin kan kan kan. ha entry untuk kali ni pasal tangan tangan dan tangan. hehe. Macam lily, lily suke tangan nampak halussssssss macam gula halus. bukan ape sebab ape apa pun orang mesti tengok tangan kan. Ade ke yang tak suka tangan korang cantik. ? ade ? mesti semua nak tangan cantik kan. Bukan pompuan je lily rasa, laki laki pon suke kannnn?

Anda semua nak tahu tak macam mane nak tangan cantik macam kulit bayi.ececeh. nie ade resepi (macam nak memasak pulok kan) nak bagi tangan segar bugar,cantik molek, halus mulus.hehe

Nak dapatkan kesegaran kulit tangan korang hanya dengan guna pisang dan lemon je.
Ok antara bahan yang kite perlukan ye puan2.

Bahan
- 1 pisang ( sudah dilumatkan hingga halus ye )
- 2 sudu makan madu
- 1 lemon ( sudah diperah tu )
- 1 sudu makan margarin



nie je antara bahan die. Memang ade dekat rumah dah kan cume rajin dengan malas je untuk korang buat.
Cara-cara nya pulak.
  1. Masukkan semua bahan kat atas dalam bekas kering dan gaul sehingga bercampur aduk semuanya.
  2. Lumurkan bahan tersebut pada tapak tangan sehingga ke bahagian luar tangan.
  3. Biarkan selama 15 - 30 minit, kemudian baru dicuci dengan air suam sehingga bersih.
yeaayyyy dah siap. kalau rajin buat selalu. kalau sibuk buat seminggu 2-3kali pon boleh lah. Hasil dia sangat best. selain tangan, korang jugk boleh gunakan  untuk bahagian badan yang lain tau.kat badan ke,kaki ke.

Jangan lupe try tau korang. Selamat Mencuba ye.
lily Sayang Korang..
dadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

_______________________________________________________

Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase membaca di sini.. jangan lupe jengok lagi ye..
_______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

BLOG INI HAK MILIK CIK LILY LYZA