Limau BaLi TambuN

Hai3...
Waaa. lame tak update blog nie kan. cik lily sibuk sangat3. yelarh dengan biznes, final project yang memeningkan. memacam lagi lah. hokay. bile sebot je tambun mesti orang akan kaitkan dengan limau bali kannnnnn. kalau korang datang ipoh contact cik lily,cik lily bawak korang pegi kebon limau bali. ala jalan kaki pon sampai. dekat je dengan rumah lily. TAPIII lily punye lah dok bertahun2 dekat ipoh nie. tapi serius.  tak penah singgah kedai limau bali yang bersepah dekat dengan rumah nie.
Sampai lah satu detik nie kan terdetik nak pegi kedai limau bali. punye jakon biler dok masuk scantikalah 1 kedai yang kire cantik lah dalam banyak2 kedai yang ade. huhu. masuk je kedai semua buat hal sendiri. merayau2 dalam kedai tu. muke nie lah yang asyik dok merayau dalam kedai tu alih2 muke nie jugak lah yang tak beli 1 hape pon.
kau ingat kau comel sangat ke ha.

Mule bila pegi je kedai nie. dalam kepale hotak nie "mesti barang2 die nie mahe nie"
bile kau dah tawaf 1 kedai baru kau tahu harge die morahhhhhh. berbaloi lah. sbb buah2 pon semua segar2 tak tipu lah. bukan je ade buah-buahan. korang nak kudap2 pon ade. 3= RM10. hehe.


ha nie muke pantang jumpe kudap2. mesti nak nak nak.

comey tak kak ton. die ni lah yang plan nak pie kedai buah-buahan. mengidam lettew.hehe

makcik nie pegi memane je die yang dok srvey sane sini tapi muke makcik nie jgk lah yang tak beli hape hape.
eh ternmpak sudah.
kau nie pon cik lily ye pon nak merayap.kad matric tu bukak le.

And....ade sorang lagi. umiiiiiiiiiii. tapi tak sempat snap gambar die. sbb asik muke die je snap muke orang.
 and untuk hakak hakak,habang habang, hadik hadik semua.
kalau datang ipoh jangan lupe serbu kedai-kedai limau bali tambun. ye ye ye.
lupe pulak.
nama kedai tu 38 kedai limau tambun, buah-buahan dan minuman.
dah dok teruje sangat sampai snap nama kedai tapi gatai tangan pi delete.


*menaip sambil hotak pikir final project yang tak tahu biler nak complete tu pasai entry macam tak de perasaan. hehe.
hokay lah.. lily caw dulu ye.
thanks jengok blog lily.

RESEPI KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE

Assalamualaikum.
hye semua nye.

Pernah makan kek coklat kukus cheese tak. semalam TER makan lah kek nie. makan dengan muka tak berperasaan sambil tengah taip msg. biler sampai je kek tu dekat mulot nie terus jadi macam iklan KOPIKO tu. haha. serius sedap giler tahap gaban nye. sedapppppp.

dengan tak rase malu nye boleh pulak tangan pi capai lagi 1. dannn baru lah tersedar. rase macam nak letak balik pon ade mase tu. tapi pikir sedap terus masuk mulot lah apa lagi kan. 

sodapnyooooo.


balik2 rumah terus search kek nie punye rasepi. terus p cari bahan tu yang tak tahan tu. try lah buat kan. 1st time buat jadi kot. best sedap giler. makan sepuas hati macam tak penah jumpe kek. nak resepi tak ? meh lily kongsi sikit. tak dapat boboh gambar. mase buat tu lupe snap.
ok..


BAHAN-BAHAN UNTUK KEK COKLAT :-

  1. 2 biji telur gred A
  2. 1 cawan gula kastor
  3. 1 camca teh esen vanilla 
  4. Sedikit garam
  5. 1/2 cawan air panas mendidih
  6. 1/2 cawan susu cair/susu segar
  7. 1/2 cawan minyak jagung
  8. 1 cawan tepung gandum
  9. 3 camca besar serbuk koko
  10. 1 camca teh soda bicarbonate
  11. 1/2 camca teh baking powder (digaul rata dan diayak)

BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE :-)
  1. 250 gram cream cheese
  2. 60 gram gula halus
  3. 1 biji telur grad A
  4. 1 camca besar air
  5. 1 camca besar tepung gandum

CARA MEMBUATNYA :-
UNTUK BAHAGIAN COKLAT :- 

Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat. Masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah air panas, susu cair dan minyak jagung, putar sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak bersama bahan berwarna merah tadi sedikir demi sedikit hingga habis, gaul hingga rata. Kemudian bagi dua adunan sama banyak. Ketepikan sekejap.


UNTUK BAHAGIAN LAPIS CHEESE :- 

Putar cream cheese dengan gula halus hingga sebati dan berkrim. Masukkan telur, air dan tepung gandum, putar lagi hingga semua sebati dan licin. Ketepikan sekejap.


UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CREAM CHEESE :- 

Panaskan kukus, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan berkertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Tuang 1 bahagian adunan coklat, tutup permukaan tin dengan aluminiu m foil dan kukus dengan api sederhana kuat selama 20 minit. 
Bila kek masak, tuang pula bahagian lapisan cheese, ratakan dan tutup kembali permukaan tin dengan aluminium foil dan sambung kukus 15 minit lagi. Dan akhir sekali tuang baki adunan coklat. Terus mengukus hingga masak.

Kalau ikut resipi, kena kukus 20 minit lagi, tapi lily kukus kurang lebih 35 minit, ini anda kena check sendiri, lepas 20 minit, buka aluminium foil dan periksa bahagian tengah kek, jika belum masak, sambung kukus sampai kek masak, pastikan anda tutup dengan aluminum foil. Biar kek sejuk dan boleh keluarkan dari tin, boleh dipotong.

kalau lapisan tu nak buat style sendiri pon boleh. untuk topeng, kalau rase nak buat pon boleh. boh krim ke kan. nampak cantik. macam lily, lily tuang coklat cair. sedap giler lah.

Selamat Mencuba..

__________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi meluangkan mase membaca di sini.. jangan lupe jengok lagi ye..
__________________________________________________________


Baju wanita murah dan cantik!!!

Assalamualaikum...
hye awakkkk...

perrrgggghhh. Lame giler kan lily tak update blog ni. Busy sebenor nye. Dengan final project yang hentah tepahape. Dengan repot yang macam bodak Darjah 3 punya karangan.

Ari nie macam rindu pulak nak menaip kan. Ok. Biler tengok tajuk macam waahhhhh murah baju sini ye. nak klik lah tengok. sekali tengok bodak lily nie membebel pulak. 

Sebenarnye dalam lily study nie lily buat online shopping untuk orang yang spesis sama lily yang malas lagi malas nak berjalan dok pilih2 baju nie. sebelum ni lily menjual secara offline. orang datang uma. kgkadang dok peromot ke kat kgkawan. Ape? malu? buat ape nak malu. kita menjual kak oi.

Mula2 jual online nie tak lah dapat sambutan sangat sbb bnyak je butik2 online sekarang nie. cume harga je kene pandai cari yang kita mampu. tapi dah lame2. customer pon puas hati. best giler jual online nie. lily jual pakaian yang boleh di pakai untuk yang bertudung dan tidak bertudung. memang kalau tengok gambar orang akan cakap. "sume model sexy2 untuk bertudung apa nye". kene pk +ve lah kak oi. jangan lah dok tengok pakaian yang ketat macam balut nangke tu. tu memang tak sesuai lah untuk yang bertudung kan. 


yang nie boleh je di pakai untuk wanita bertudung walupon yang pakai nie tak pakai seluarkan.

Puff Sleeve Collar Dress

CODE : LCC 1760
NORMAL PRICE :RM 36.00
MEMBER PRICE :RM 31.00
COLOUR : BLACK
FREE POSTAGE


ha baju ni pon walupon yang pakai tu tak bertudung tak bermakna yang bertudung tak boleh pakai kan kan kan.

Round Neck Wide Dress
CODE : LCC 1759
NORMAL PRICE :RM 39.00
MEMBER PRICE :RM 34.00
FREE POSTAGE


Banyak lagi boleh hakak2 dan hadik2 tgk dekat Lily'S CasTle CollecTioN.
yang penting, baju2 yang lily jual semua FREE POSTAGE tau. so dah jimat dah postage dari kene keluar beli belah. kene kua dui minyak jugak kan. tapi ikot orang jugak. setengah orang tu suke lagi beli kat kdai2 sbb puas hati nak pilih. kalau anda beli dekat lily. kot2 baju yang lily pos tak muat ke ade cacat cele ke kan. boleh tukar dalam masa 5HARI.


dannnnnnnnnnn.

Kalau hakak2 beli 5pcs akan dapat free 1 pcs...waaaaa....
dah lah free postage dapat lagi free baju.

dannnnnn lagi pulak.

Kalau hakak2 beli 10pcs akan dapat harga borong.
contoh 1 baju RM35, harga borong RM28 dah jimat RM7, itu baru untuk 1 baju ye.
dah lah harga murah. postage dah comfirm2 free tak ke seronok nak shopping gitu kan.

boleh jengok page lily kalau nak tengok2 item.
LIKE jangan lupe ye3. hehe



jengok reramai ye.
t.Q
byeeeee...



__________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi meluangkan mase membaca di sini.. jangan lupe jengok lagi ye..
__________________________________________________________





BLOG INI HAK MILIK CIK LILY LYZA