RESEPI KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE

Assalamualaikum.
hye semua nye.

Pernah makan kek coklat kukus cheese tak. semalam TER makan lah kek nie. makan dengan muka tak berperasaan sambil tengah taip msg. biler sampai je kek tu dekat mulot nie terus jadi macam iklan KOPIKO tu. haha. serius sedap giler tahap gaban nye. sedapppppp.

dengan tak rase malu nye boleh pulak tangan pi capai lagi 1. dannn baru lah tersedar. rase macam nak letak balik pon ade mase tu. tapi pikir sedap terus masuk mulot lah apa lagi kan. 

sodapnyooooo.


balik2 rumah terus search kek nie punye rasepi. terus p cari bahan tu yang tak tahan tu. try lah buat kan. 1st time buat jadi kot. best sedap giler. makan sepuas hati macam tak penah jumpe kek. nak resepi tak ? meh lily kongsi sikit. tak dapat boboh gambar. mase buat tu lupe snap.
ok..


BAHAN-BAHAN UNTUK KEK COKLAT :-

  1. 2 biji telur gred A
  2. 1 cawan gula kastor
  3. 1 camca teh esen vanilla 
  4. Sedikit garam
  5. 1/2 cawan air panas mendidih
  6. 1/2 cawan susu cair/susu segar
  7. 1/2 cawan minyak jagung
  8. 1 cawan tepung gandum
  9. 3 camca besar serbuk koko
  10. 1 camca teh soda bicarbonate
  11. 1/2 camca teh baking powder (digaul rata dan diayak)

BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE :-)
  1. 250 gram cream cheese
  2. 60 gram gula halus
  3. 1 biji telur grad A
  4. 1 camca besar air
  5. 1 camca besar tepung gandum

CARA MEMBUATNYA :-
UNTUK BAHAGIAN COKLAT :- 

Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat. Masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah air panas, susu cair dan minyak jagung, putar sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak bersama bahan berwarna merah tadi sedikir demi sedikit hingga habis, gaul hingga rata. Kemudian bagi dua adunan sama banyak. Ketepikan sekejap.


UNTUK BAHAGIAN LAPIS CHEESE :- 

Putar cream cheese dengan gula halus hingga sebati dan berkrim. Masukkan telur, air dan tepung gandum, putar lagi hingga semua sebati dan licin. Ketepikan sekejap.


UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CREAM CHEESE :- 

Panaskan kukus, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan berkertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Tuang 1 bahagian adunan coklat, tutup permukaan tin dengan aluminiu m foil dan kukus dengan api sederhana kuat selama 20 minit. 
Bila kek masak, tuang pula bahagian lapisan cheese, ratakan dan tutup kembali permukaan tin dengan aluminium foil dan sambung kukus 15 minit lagi. Dan akhir sekali tuang baki adunan coklat. Terus mengukus hingga masak.

Kalau ikut resipi, kena kukus 20 minit lagi, tapi lily kukus kurang lebih 35 minit, ini anda kena check sendiri, lepas 20 minit, buka aluminium foil dan periksa bahagian tengah kek, jika belum masak, sambung kukus sampai kek masak, pastikan anda tutup dengan aluminum foil. Biar kek sejuk dan boleh keluarkan dari tin, boleh dipotong.

kalau lapisan tu nak buat style sendiri pon boleh. untuk topeng, kalau rase nak buat pon boleh. boh krim ke kan. nampak cantik. macam lily, lily tuang coklat cair. sedap giler lah.

Selamat Mencuba..

__________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi meluangkan mase membaca di sini.. jangan lupe jengok lagi ye..
__________________________________________________________


No comments:

Post a Comment

BLOG INI HAK MILIK CIK LILY LYZA