Petua : Penjagaan kulit wajah



assalamualaikum...
hai hakak2 adix2 semua...


* gambar sebagai hiasan

bukan saja gadis2 malah lelaki2 juga sangat mementingkan kulit wajah yang cantik kan kan kan ... bila tumbuh jerawat seketol mula lah nak cuba macam2 produk.. kan kan...sebenarnya kulit wajah ni tak perlu lah nak guna macam2 sangat sebab kadang - kadang tu produk-produk juga boleh merosakkan wajah...boleh je guna apa -apa produk yang sesuai dengan kulit korang..tapi mesti juga amalkan petua yang semula jadi dari dulu lagi..cewah...hehe

kalau mengamalkan petua nie jugak, ia mampu mewujudkan kecantikan dari dalam tau...ok lah...lily ada beberapa tip untuk penjagaan kulit wajah yang boleh dijadikan rutin harian...

Ini memang harus ye...kena minum 8 gelas air putih setiap hari. bukan untuk kecantikan je.tapi untuk kesihatan jugak tau..lagi-lagi kalau mase musim panas..memang kena amalkan minum air putih banyak..

Selain dari minum air putih..korang boleh jugak amalkan dengan melakukan senaman kerana ia bukan sahaja baik untuk tubuh tetapi juga dapat membantu anda mendapatkan kulit cantik dan sihat berseri. lagi 1 makanan...buah-buahan yang segar bugar tu banyak tau khasiat untuk kulit...ha kene jugak amalkan makan buah-buahan...kalau malas nak makan buah...minum je inner shine..

kalau produk pula...korang mesti cari yang sesuai.. kalau boleh pakai pelembap wajah setiap hari..pelembap tu biar bebas minyak ye..

tak boleh di nafikan macam lily,lily suka sangat marah-marah..sebenarnya benda tu tak baik untuk kulit..:-) ...kena lah elakan dari dok marah-marah (terasa hati dan perut ku..) kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit korang.. seharusnya sentiasa tenang dalam apa jua keadaan dan situasi.ha baru lah muda selalu..hehe...

selalu kalau nak pergi mane2 korang boleh lah tacap2 bio cantik-cantik kan...tapi jangan pulak seharian dengan mekap je..bukan apa la kan..kulit pun nak berehat jugak...so kalu da malam tu tak payah lah cantik2...kulit muka korang tu pun nak rehat jugak...(masih terase hati dan perot kuh..) ha...lagi 1 yang nie sangat2 penting lah...jangan terus tidur tanpa menanggalkan mekap terlebih dahulu.. korang pernah buat kah...?yeay..kita geng...saya lah orang yang selalu buat...haha...tapi sekarang dah tak buat ye...untuk yang nie memang penting...Pastikan anda tidur cukup iaitu 8 jam sehari yeee....

Uols selalu tak makan makanan ringan...? kalau korang nak tahu..makanan ringan tu jugak sebenarnye boleh merosakkan kulit..mungkin bahan2 die kot... tapi....makanan tambahan seperti vitami,ha tu amat penting untuk kesihatan kulit anda... walaupun begitu, tak bermakna jugak kalau makan vitamin tapi tak mengamalkan makanan harian yang berkhasiat...

lily harap tip2 yang ada dekat atas ni dapat membantu anda menjaga kulit supaya sihat dan kelihatan cantik berseri...

share juga tip anda di sini...

Petua : Merawat kulit muka berminyak



Assalamualaikum…
Hai…

Ada bende yang lily nak share ngan korang..sesetengah orang tu menghadapi masalah kulit wajah yang berminyak kan…?? Termasuklah lily..kulit berminyak nie kadang2 boleh wujud dgn sumber makanan yang kita ambil..

*gambar sebagai hiasan

Untuk entry kali ni lily nak menggedik untuk nak cerita sikit la apa yang lily buat untuk atasi masalah nie… lily ade jugak lah dok skodeng insan2 yang slalu amalkan petua2 nenek moyang kita dulu..yelah sekarangkan dah berlambok-lambok produk2 utk kulit kan…tapi tak semua produk ok betoi tak…??tah2 nanti lagi terok wajah kita ..ohhh nooooo…!!!!lagi2 pulak kulit muka berminyak nie kalau tak bersihkan selalu boleh menambah burukkan muka dengan 1 lagi masalah yang memang kita tak suka…ape tu..????arrrghhhh jerawat…!!!

Ok.. lily cuba lah beberapa petua yang mungkin memikul masalah nie kan..petua die bagi lily tak susah dan tak payah nak susah payah dok habiskan duit..korang pon…boleh deh coba2…

Rawat kulit muka berminyak

Satu dua tiga nya petua yang bagi lily berkesan lah kan…lily menggunakan campuran sedikit madu lebah di campurkan dengan sedikit perahan asam gelugur(ala kalau tak ada air limau purut pun boleh jugak).. lepas tu, sapu campuran bahan tadi tu ke seluruh muka dan bior je sampai kering.. bila dah kering tak kan nak biar lagi kan…ha bila dah kering korang boleh lah bersihkan muka dengan bersih sebersihnya menggunakan air bersih ye ye ye.. untuk petua nie..korang boleh je amalkan untuk enerapa kali dan lihat lah hasilnya nanti..InsyaAllah kulit korang mesti akan rase lembut dan licin je…

Ok…untuk petua kedua yang lily cuba amalkan, lily gunakan bedak sejuk biasa je tau..mula- mula Ambik sedikit bedak sejuk yang ketul2 tu kan, tambah dengan sedikit air..lepas tu tempek tempek la bedak sejuk tadi kat wajah sebelum tidor... esok pagi da bangun tidor tu bersih kan lah wajah korang..gunak bedak sejuk nie bukan saja boleh kurang kan minyak pada muka..malah boleh buat muka jadi segar je..halus je..orang tengok pon dah tak segan dah..ceywah..

Petua yang last nie lily jarang la buat..huhu…kengkadang seminggu sekali pon susah..petua die..korang rendam seketul tuala kecik ke dalam air suam ye…lepas tu perah lah…dan tekapkan pada muka korang…kemudian,laplah bersih-bersih.. kalau boleh lakukan lah setiap malam sebelum tidur..

Nie je yang lily boleh kongsi2 dengan korang sebab petua nie bagi lily senang dan tak susah nak carik...kat uma pon ade kan..kalau korang hadapi masalah kulit muka berminyak…korang boleh lah cuba cuba petua nie kan…InsyaAllah boleh kurangkan masalah korang tu…cuba tau tau tau…lily caw dulu ye…daaaaaaa…H.A.N.D


       
BLOG INI HAK MILIK CIK LILY LYZA