Petua : Penjagaan kulit wajah



assalamualaikum...
hai hakak2 adix2 semua...


* gambar sebagai hiasan

bukan saja gadis2 malah lelaki2 juga sangat mementingkan kulit wajah yang cantik kan kan kan ... bila tumbuh jerawat seketol mula lah nak cuba macam2 produk.. kan kan...sebenarnya kulit wajah ni tak perlu lah nak guna macam2 sangat sebab kadang - kadang tu produk-produk juga boleh merosakkan wajah...boleh je guna apa -apa produk yang sesuai dengan kulit korang..tapi mesti juga amalkan petua yang semula jadi dari dulu lagi..cewah...hehe

kalau mengamalkan petua nie jugak, ia mampu mewujudkan kecantikan dari dalam tau...ok lah...lily ada beberapa tip untuk penjagaan kulit wajah yang boleh dijadikan rutin harian...

Ini memang harus ye...kena minum 8 gelas air putih setiap hari. bukan untuk kecantikan je.tapi untuk kesihatan jugak tau..lagi-lagi kalau mase musim panas..memang kena amalkan minum air putih banyak..

Selain dari minum air putih..korang boleh jugak amalkan dengan melakukan senaman kerana ia bukan sahaja baik untuk tubuh tetapi juga dapat membantu anda mendapatkan kulit cantik dan sihat berseri. lagi 1 makanan...buah-buahan yang segar bugar tu banyak tau khasiat untuk kulit...ha kene jugak amalkan makan buah-buahan...kalau malas nak makan buah...minum je inner shine..

kalau produk pula...korang mesti cari yang sesuai.. kalau boleh pakai pelembap wajah setiap hari..pelembap tu biar bebas minyak ye..

tak boleh di nafikan macam lily,lily suka sangat marah-marah..sebenarnya benda tu tak baik untuk kulit..:-) ...kena lah elakan dari dok marah-marah (terasa hati dan perut ku..) kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit korang.. seharusnya sentiasa tenang dalam apa jua keadaan dan situasi.ha baru lah muda selalu..hehe...

selalu kalau nak pergi mane2 korang boleh lah tacap2 bio cantik-cantik kan...tapi jangan pulak seharian dengan mekap je..bukan apa la kan..kulit pun nak berehat jugak...so kalu da malam tu tak payah lah cantik2...kulit muka korang tu pun nak rehat jugak...(masih terase hati dan perot kuh..) ha...lagi 1 yang nie sangat2 penting lah...jangan terus tidur tanpa menanggalkan mekap terlebih dahulu.. korang pernah buat kah...?yeay..kita geng...saya lah orang yang selalu buat...haha...tapi sekarang dah tak buat ye...untuk yang nie memang penting...Pastikan anda tidur cukup iaitu 8 jam sehari yeee....

Uols selalu tak makan makanan ringan...? kalau korang nak tahu..makanan ringan tu jugak sebenarnye boleh merosakkan kulit..mungkin bahan2 die kot... tapi....makanan tambahan seperti vitami,ha tu amat penting untuk kesihatan kulit anda... walaupun begitu, tak bermakna jugak kalau makan vitamin tapi tak mengamalkan makanan harian yang berkhasiat...

lily harap tip2 yang ada dekat atas ni dapat membantu anda menjaga kulit supaya sihat dan kelihatan cantik berseri...

share juga tip anda di sini...

No comments:

Post a Comment

BLOG INI HAK MILIK CIK LILY LYZA