Penjagaan kaki part II


Assalamualaikum

Entry sebelum nie lily citer pasai  tips penjagaan kaki  kan. Ok untuk entry kali nie pon lily nak citer pasal tips kaki jugak tapi untuk bagi kaki anda menawan gitu. hehe. 


gambar hiasan

Ok untuk bagi kaki mu cantik tuh kan. Mesti mempunyai pelbagai aspek. Ok. Antara tips nya :-


Menghilangkan Bau Kaki

Sediakan sebesen air dan campurkan segengam asam jawa dan dua sudu garam. Rendam kaki yang bermasaalah dan gosokkan celah-celah jari kaki dengan asam jawa. Selain dapat menghilangkan bau kaki,Ia juga boleh menghilangkan masaalah ulat air atau gatal-gatal di kaki.



Masalah Kaki Bersisik

Gosok buah mengkudu pada kaki yang bersisik. Biarkan selama 15 minit. Kemudian baru dibersihkan. Selain daripada kaki bersisik, petua ini boleh juga dilakukan pada jari kaki yang luka.

Campurkan segenggam hampas kelapa dengan sedikit asam jawa. Gosok berulang kali di bahagian kaki yang bersisik. Amalkan selalu.

Setiap hari sapukan sedikit minyak kelapa yang belum digunakan pada kaki yang bersisik.


Urat Timbul Di Kaki

Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air sehingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur, letakkan kaki di atas bantal.

Campurkan sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki pada setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.

Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buatlah senaman angkat kaki selama 10 minit sebelum tidur.


Kaki Bengkak Ketika Hamil

Rebus segenggam bulu jagung bersama sedikit air. Biarkan sehingga menjadi satu gelas. Kemudian tapis dan minum setaip hari.


Kematu di Tumit Kaki

Campurkan sebiji buah belimbing buluh dengan air limau nipis. Sapukan pada tempat yang kematu dan pecah-pecah.

Sapukan sedikit ubat gigi. Biarkan selama lima minit. Kemudian basuh seperti biasa dengan sabun dan air biasa.

Ha ni antara tips untuk awak dear. hehe. try ye.



_______________________________________________________
terima kasih kerana sudi meluangkan mase membaca di sini.. jangan lupe jengok lagi ye..
_______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

BLOG INI HAK MILIK CIK LILY LYZA