Penjagaan Kaki



Assalamualaikum

hape khabar murid2..*sihat cikgu..hehe

hai korang korang dan korang..

ha rindu  lily tak..?lily rindu lah korang..
hehe...


Korang pernah tak ada masalah tumit merekah ? sebenarnya kan tumit merekah nie boleh juga disebabkan keadaan persekitaran tempat kerja. Orang yang bekerja di tapak binaan menghadapi risiko lebih besar mengalami masalah ini kerana kaki menerima lebih tekanan.


Untuk pengetahuan anda kan. Faktor lain yang boleh membawa kepada masalah ini antaranya (cewah)

  1. Berdiri terlalu lama di atas permukaan kasar.
  2. Obesiti. Kegemukan memberi tekanan berlebihan kepada lapisan lemak pada tumit, menyebabkan ia tersesar ke tepi. Kulit akan pecah jika ia tidak lagi mampu menahan tekanan ini.
  3. Memakai kasut tidak bertutup belakang juga dikatakan membantu sesaran lapisan lemak dan meningkatkan tekanan pada tumit. 
  4. Masalah kulit seperti psoriasis atau ekzema.
  5. Kelenjar peluh yang tidak aktif.
  6. Masalah kaki leper.
  7. Memakai kasut yang terlalu ketat.
  8. Kencing manis.

Senang untuk melihat masalah ini kan. Petanda paling jelas ialah wujudnya rekahan halus pada tumit. Kulit tumit biasanya menjadi tebal dan seolah-olah 'tumbuh' di keliling tumit.

Kulit ini biasanya berwarna kekuningan atau menjadi lebih gelap. Malah, kaki berasa gatal dan sakit apabila berjalan. macam saye cikit lah..

Bagaimanapun, jangan risau kerana masalah ini mudah dirawat. Jika rekahan pada tumit berdarah, perkara pertama perlu dilakukan ialah merawat luka terlebih dulu. Sebaik-baiknya mulakan rawatan sebaik garis halus pada tumit kelihatan kerana pada peringkat ini ia lebih mudah dihilangkan.

Ini antara tips untuk memulakan rawatan.

Mula2, Bersihkan kaki pada setiap pagi dan malam (selepas semua aktiviti harian tamat lah). Kulit kaki juga mesti dan  perlu dibelai dengan mencuci menggunakan sabun yang lembut atau sabun anti bakteria macam anda semua jaga kecantikan badan juga.

Seterusnye, cara pengelupasan paling mudah ialah menggosok tumit dengan batu pumis (boleh dibeli di farmasi, pasar raya pun ada). Gosok perlahan-lahan beberapa kali untuk menanggalkan kulit yang tebal.Jika rekahan tumit besar, gunakan berus yang dibuat daripada gentian semula jadi. Cuci bersih dan lap hingga kering, terutama di bahagian merekah.

Tips seterusnya, sapukan pelembap seperti losen atau minyak bayi dan pakai stokin dibuat daripada kapas ketika bekerja.

Sebelum tidur, buat dua mandian untuk kaki iaitu mandian panas dan sejuk (masukkan air suam dan sejuk dalam dua besen berasingan). Tuangkan sedikit sabun antibakteria ke dalam kedua-dua besen. Rendam kaki dalam kedua-dua besen secara berselang seli. Ulang antara 10 hingga 15 minit.

Macam tadi juga,keringkan kaki dan sapukan losyen pelembap dan pakai stokin kapas ketika tidur.

Ulang lah kesemua proses ini selama lima hari. Apabila kulit tumit menjadi lembut, proses membersih, mengelupas dan melembap boleh dilakukan dua kali seminggu.

Jangan cuba gunting kulit tebal kerana ia hanya mendedahkan kaki kepada jangkitan kuman. Ingat ye.



Nak lembutkan tapak kaki ? tapi tak tahu macam mane ?

Untuk melembutkan tapak kaki :-

  • Sembur bahan pelembut (softener) pada keseluruhan tapak kaki. Kikir kulit tapak kaki yang kasar menggunakan alat khas, scripper.
  • Gosok kaki menggunakan batu pengasah (boleh dibeli di farmasi).
  • Diakhiri dengan scrub (perisa mint) pada keseluruhan kaki daripada paras lutut ke bawah.
  • Basuh kaki anda dan lap sehingga kering.
Ok jgn lupe try ye. Lily cume bagi tips sahaja ye. Bye.


_______________________________________________________
terima kasih kerana sudi meluangkan mase membaca di sini.. jangan lupe jengok lagi ye..
_______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

BLOG INI HAK MILIK CIK LILY LYZA