Penjagaan kaki part II


Assalamualaikum

Entry sebelum nie lily citer pasai  tips penjagaan kaki  kan. Ok untuk entry kali nie pon lily nak citer pasal tips kaki jugak tapi untuk bagi kaki anda menawan gitu. hehe. 


gambar hiasan

Ok untuk bagi kaki mu cantik tuh kan. Mesti mempunyai pelbagai aspek. Ok. Antara tips nya :-


Menghilangkan Bau Kaki

Sediakan sebesen air dan campurkan segengam asam jawa dan dua sudu garam. Rendam kaki yang bermasaalah dan gosokkan celah-celah jari kaki dengan asam jawa. Selain dapat menghilangkan bau kaki,Ia juga boleh menghilangkan masaalah ulat air atau gatal-gatal di kaki.



Masalah Kaki Bersisik

Gosok buah mengkudu pada kaki yang bersisik. Biarkan selama 15 minit. Kemudian baru dibersihkan. Selain daripada kaki bersisik, petua ini boleh juga dilakukan pada jari kaki yang luka.

Campurkan segenggam hampas kelapa dengan sedikit asam jawa. Gosok berulang kali di bahagian kaki yang bersisik. Amalkan selalu.

Setiap hari sapukan sedikit minyak kelapa yang belum digunakan pada kaki yang bersisik.


Urat Timbul Di Kaki

Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air sehingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur, letakkan kaki di atas bantal.

Campurkan sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki pada setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.

Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buatlah senaman angkat kaki selama 10 minit sebelum tidur.


Kaki Bengkak Ketika Hamil

Rebus segenggam bulu jagung bersama sedikit air. Biarkan sehingga menjadi satu gelas. Kemudian tapis dan minum setaip hari.


Kematu di Tumit Kaki

Campurkan sebiji buah belimbing buluh dengan air limau nipis. Sapukan pada tempat yang kematu dan pecah-pecah.

Sapukan sedikit ubat gigi. Biarkan selama lima minit. Kemudian basuh seperti biasa dengan sabun dan air biasa.

Ha ni antara tips untuk awak dear. hehe. try ye.



_______________________________________________________
terima kasih kerana sudi meluangkan mase membaca di sini.. jangan lupe jengok lagi ye..
_______________________________________________________

Penjagaan Kaki



Assalamualaikum

hape khabar murid2..*sihat cikgu..hehe

hai korang korang dan korang..

ha rindu  lily tak..?lily rindu lah korang..
hehe...


Korang pernah tak ada masalah tumit merekah ? sebenarnya kan tumit merekah nie boleh juga disebabkan keadaan persekitaran tempat kerja. Orang yang bekerja di tapak binaan menghadapi risiko lebih besar mengalami masalah ini kerana kaki menerima lebih tekanan.


Untuk pengetahuan anda kan. Faktor lain yang boleh membawa kepada masalah ini antaranya (cewah)

  1. Berdiri terlalu lama di atas permukaan kasar.
  2. Obesiti. Kegemukan memberi tekanan berlebihan kepada lapisan lemak pada tumit, menyebabkan ia tersesar ke tepi. Kulit akan pecah jika ia tidak lagi mampu menahan tekanan ini.
  3. Memakai kasut tidak bertutup belakang juga dikatakan membantu sesaran lapisan lemak dan meningkatkan tekanan pada tumit. 
  4. Masalah kulit seperti psoriasis atau ekzema.
  5. Kelenjar peluh yang tidak aktif.
  6. Masalah kaki leper.
  7. Memakai kasut yang terlalu ketat.
  8. Kencing manis.

Senang untuk melihat masalah ini kan. Petanda paling jelas ialah wujudnya rekahan halus pada tumit. Kulit tumit biasanya menjadi tebal dan seolah-olah 'tumbuh' di keliling tumit.

Kulit ini biasanya berwarna kekuningan atau menjadi lebih gelap. Malah, kaki berasa gatal dan sakit apabila berjalan. macam saye cikit lah..

Bagaimanapun, jangan risau kerana masalah ini mudah dirawat. Jika rekahan pada tumit berdarah, perkara pertama perlu dilakukan ialah merawat luka terlebih dulu. Sebaik-baiknya mulakan rawatan sebaik garis halus pada tumit kelihatan kerana pada peringkat ini ia lebih mudah dihilangkan.

Ini antara tips untuk memulakan rawatan.

Mula2, Bersihkan kaki pada setiap pagi dan malam (selepas semua aktiviti harian tamat lah). Kulit kaki juga mesti dan  perlu dibelai dengan mencuci menggunakan sabun yang lembut atau sabun anti bakteria macam anda semua jaga kecantikan badan juga.

Seterusnye, cara pengelupasan paling mudah ialah menggosok tumit dengan batu pumis (boleh dibeli di farmasi, pasar raya pun ada). Gosok perlahan-lahan beberapa kali untuk menanggalkan kulit yang tebal.Jika rekahan tumit besar, gunakan berus yang dibuat daripada gentian semula jadi. Cuci bersih dan lap hingga kering, terutama di bahagian merekah.

Tips seterusnya, sapukan pelembap seperti losen atau minyak bayi dan pakai stokin dibuat daripada kapas ketika bekerja.

Sebelum tidur, buat dua mandian untuk kaki iaitu mandian panas dan sejuk (masukkan air suam dan sejuk dalam dua besen berasingan). Tuangkan sedikit sabun antibakteria ke dalam kedua-dua besen. Rendam kaki dalam kedua-dua besen secara berselang seli. Ulang antara 10 hingga 15 minit.

Macam tadi juga,keringkan kaki dan sapukan losyen pelembap dan pakai stokin kapas ketika tidur.

Ulang lah kesemua proses ini selama lima hari. Apabila kulit tumit menjadi lembut, proses membersih, mengelupas dan melembap boleh dilakukan dua kali seminggu.

Jangan cuba gunting kulit tebal kerana ia hanya mendedahkan kaki kepada jangkitan kuman. Ingat ye.



Nak lembutkan tapak kaki ? tapi tak tahu macam mane ?

Untuk melembutkan tapak kaki :-

  • Sembur bahan pelembut (softener) pada keseluruhan tapak kaki. Kikir kulit tapak kaki yang kasar menggunakan alat khas, scripper.
  • Gosok kaki menggunakan batu pengasah (boleh dibeli di farmasi).
  • Diakhiri dengan scrub (perisa mint) pada keseluruhan kaki daripada paras lutut ke bawah.
  • Basuh kaki anda dan lap sehingga kering.
Ok jgn lupe try ye. Lily cume bagi tips sahaja ye. Bye.


_______________________________________________________
terima kasih kerana sudi meluangkan mase membaca di sini.. jangan lupe jengok lagi ye..
_______________________________________________________

Penjagaan Rambut


Assalamualaikum

hai..
Sayangilah rambut anda kerana ia merupakan mahkota dirimu.


wah3 pembuka bicara ku ini.Ok seperti yang anda tahu rambut merupakan mahkota kepada kaum wanita. Rambut yang cantik akan menaikkan seri wajah seseorang. Adalah penting menjaga kesihatan rambut supaya sentiasa kelihatan cantik, lebat dan kekal hitam. betul tak ? Terdapat beberapa petua/tips yang dapat membantu memelihara kecantikkan rambut korang. 

*gambar hiasan

Ok.Ni antara petua untuk rambut yang cantik.

Korang ambil beberapa helai daun limau purut, daun bunga raya putih dan sedikit air. Kemudian ramaskan bahan-bahan ini, sehingga hancur dan tapiskan airnya. Air tapisan itu bolehlah dilumur pada kepala dengan cara urutan perlahan dan dibungkus dengan kain tuala bersih. Haaa. biarkan selama 10-15 minit, selepas itu bilaskan dengan air yang bersih. Amalkan seminggu sekali ye dan korang akan merasai kesegaran kulit kepala serta keharuman pada rambut mu. hehe

Antara lain, Korang ambil beberapa helai daun rambutan dan diramaskan dengan sedikit air. Air ramasan itu dilumurkan pada rambut dan dibiarkan lebih kurang 15 minit. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.

Seterusnya untuk kekalkan kehitaman dan kelebatan rambut pulak.

Amalkan dengan menggunakan minyak kelapa yang telah dimasak dengan bunga tebu hitam. Sapukan pada rambut dan jangan terkena pada kulit kepala. Amalkan 3 kali seminggu, InsyaAllah rambut akan kekal kelihatan hitam bersinar sinar macam permate gitu.

Selain itu, sapukan rambut dengan pati santan(Kepala santan) yang telah dicampur dengan perahan limau nipis. Pati santan diperolehi dengan membiarkan santan semalaman dalam peti. Balut kepala dengan tuala dan biarkan selama 15 minit. Kemudian baru dibilas, rambut akan kelihatan hitam, lebat dan berkilau. Lakukan sekali seminggu. Ha yang nie mesti ramai yang dah tahu kan. mak lily pon amalkan nye.

Itu je yang lily nak kongsikan kali nie. tunggu sambungan berkaitan rambut untuk next entry ye sayang sayang kuH.

Byeeeeeeee....


_______________________________________________________

Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase membaca di sini.. jangan lupe jengok lagi ye..
_______________________________________________________

Kulit Tangan Cantik



Assalamualaikum

*sebagai gambar hiasan

Haiiii. uols nak tak tangan anda semua cantik je. nak tak. lagi lagi wanita yang akan melangsungkan perkahwinan mesti nak tangan cantik je masa suami korang sarungkan cincin kan kan kan. ha entry untuk kali ni pasal tangan tangan dan tangan. hehe. Macam lily, lily suke tangan nampak halussssssss macam gula halus. bukan ape sebab ape apa pun orang mesti tengok tangan kan. Ade ke yang tak suka tangan korang cantik. ? ade ? mesti semua nak tangan cantik kan. Bukan pompuan je lily rasa, laki laki pon suke kannnn?

Anda semua nak tahu tak macam mane nak tangan cantik macam kulit bayi.ececeh. nie ade resepi (macam nak memasak pulok kan) nak bagi tangan segar bugar,cantik molek, halus mulus.hehe

Nak dapatkan kesegaran kulit tangan korang hanya dengan guna pisang dan lemon je.
Ok antara bahan yang kite perlukan ye puan2.

Bahan
- 1 pisang ( sudah dilumatkan hingga halus ye )
- 2 sudu makan madu
- 1 lemon ( sudah diperah tu )
- 1 sudu makan margarin



nie je antara bahan die. Memang ade dekat rumah dah kan cume rajin dengan malas je untuk korang buat.
Cara-cara nya pulak.
  1. Masukkan semua bahan kat atas dalam bekas kering dan gaul sehingga bercampur aduk semuanya.
  2. Lumurkan bahan tersebut pada tapak tangan sehingga ke bahagian luar tangan.
  3. Biarkan selama 15 - 30 minit, kemudian baru dicuci dengan air suam sehingga bersih.
yeaayyyy dah siap. kalau rajin buat selalu. kalau sibuk buat seminggu 2-3kali pon boleh lah. Hasil dia sangat best. selain tangan, korang jugk boleh gunakan  untuk bahagian badan yang lain tau.kat badan ke,kaki ke.

Jangan lupe try tau korang. Selamat Mencuba ye.
lily Sayang Korang..
dadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

_______________________________________________________

Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase membaca di sini.. jangan lupe jengok lagi ye..
_______________________________________________________

Disebalik Bentuk Bibir

Assalamualaikum

sihat2 belaka lah harapnye ye.

lily nie tak le pandai bab2 kecantikan & kesihatan nie sangat.. tapi suke nak tahu bab-bab nie secara semula jadi dari gune produk sane sini. jadi apa yang lily tahu sikit2 tu lily akan share dgn korang korang dan korang ye.

*Gambar Hiasan

Setiap orang mempunyai jenis bentuk bibir yang berbeza dan disebalik bentuk bibir ini kan, ada memberi taksiran terhadap tingkah-laku dan karektor seseorang tahu tak (lily pun baru tahu). korang nak tahu tak jenis bibir korang dan sikap peribadi korang ?

ok..nie antara jenis2 bibir ye.

Bibir Tebal
Bentuk bibir kelihatan tebal dan kembang, tidak berapa cantik tetapi kalau pandai mengenakan solekan yang betul, akan kelihatan seksi dan menggoda. pewwitttt. Bagi dorang yang memiliki bibir jenis ini, ha dorang merupakan seorang yang pandai mengatur kewangan dalam perbelanjaan, penyabar serta berani menghadapi dugaan dan cabaran hidup.sape ade ciri2 nie tunjuk ketiak. yeayyyy

Bibir Kecil
Bentuk ini amat disukai, kerana kelihatan comel dan mungil seperti bibir bayi.(saye lah tu. perasan). Dorang yang memiliki bibir jenis ini, merupakan seorang yang suka berterus-terangTETAPI mudah merasa rendah diri serta merasa diri tidak bahagia. (bukan saye. bukan saye)

Bibir Tipis
Selalu dikaitkan, orang berbibir tipis adalah jenis celupar iaitu suka cakap lepas dan berbisa serta bermulut jahat, tetapi ini hanya andaian dan kalau adapun ianya adalah kebetulan. Dikatakan orang bibir bibir tipis ni tak mempunyai prinsip dan pegangan hidup kerana mereka mudah terpengaruh apabila dipujuk rayu iaitu bersikap seperti lalang.

Bibir Kecil dan Sempit
Dikaitkan sebagai seorang yang yang comel dan manis. :-) . Mempunyai sifat yang hampir serupa dengan orang berbibir kecil. Bezanya, mereka selalu cepat panik dan bimbang apabila berhadapan dengan masalah serta tidak pandai membuat keputusan. Merasakan diri tidak diberi peluang yang cukup dalam sesuatu keadaan.

Bibir Kehitaman
Bibir kehitaman yang bukan disebabkan merokok, tetapi memang semulajadi kehitaman. Mereka ini dikatakan jenis yang suka berbohong dan bergaduh.

Bibir Pucat
bagi dorang yang berbibir jenis ini merupakan seorang yang bersifat panas baran dan cepat marah serta menginginkan kemenangan didalam segala hal dan situasi.

ha tahu dah ciri2 tu ? ade kat korang tak.?

Bibir yang mengukir senyuman lebih bermakna daripada seribu kata-kata. Bahagian inilah yang sering menjadi tumpuan apabila bertemu seseorang. kan kan kan. Daripada senyumannya lah, telah dapat menggambarkan kemesraan yang bakal dilalui sepanjang mengenali seseorang itu. :-) hehehe

Tambah lagi sekiranya bibir yang penuh dan tebal dan dipalit pula dengan gincu yang berwarna terang lagi menawan, wahhhh menyerlahkan lagi keseksian si empunya wajah. Lagi lagi yang berwajah comel dan ayu.Apa pun hakikatnya setiap daripada kita memiliki bibir semula jadi yang cantik dan ia jadi lebih menawan dengan satu sentuhan saja.Bantuan sentuhan daripada gincu bibir telah menambahkan keseksian pada bibir. Tanpa bantuannya, bibir seakan-akan mati tanpa serinya.



*gambar hiasan


Kepentingan gincu bibir bagi menaikkan seri wajah seseorang wanita ini bukanlah suatu yang muncul pada zaman ketamadunan tetapi telah dipraktikkan sejak zaman kuno lagi, cuma penggunaan bahan sahaja berlainan.

Kata-kata yang menggambarkan keseksian bibir yang sering didengar iaitu bak delima merekah menggambarkan keadaan bibir yang cantik, mungil dan menggiurkan. Tergoda lah wey. Bibir yang sempurna menambah rasa keindahan kepada si pemilik atau individu, ditambah palitan gincu pada bibir mengikut kesesuaian wajah bagi membangkitkan aura keperibadian.

Jarang kita melihat bibir yang tidak dipalit gincu. (ada pon jarang lah) Setidak-tidaknya warna tanah yang bersesuaian dengan bibir agar tidak nampak terlalu pucat dan tidak berseri.




sweet je bibir nie kan.


ok korang ada beberapa petua yang boleh di amalkan untuk mendapatkan bibir yang sihat dan menawan tau.

Merawat Bibir Merekah
Atasi masalah bibir merekah dengan meminum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. (mula2 tidak sanggup lah. tapi dah selalu buat *sedap jugak ye) Amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya.

Bibir Merah Semulajadi
Ok. Untuk mendapatkan bibir yang merah semulajadi, amalkan dengan meyapu madu lebah dibibir semalaman (semasa tidur). Jangan sapu air gula pulak. ha bangun tidur bukan merah semula jadi tapi merah sebab semut dok kat bibir mu.


MEMILIKI ulas bibir merah merekah bak delima sentiasa menjadi impian setiap gadis, wanita, mak budak pun tau. Tapi, persoalannya, bagaimana nak memiliki bibir yang segar, lembut dan sihat kerana sesetengah wanita berdepan alahan apabila menggunakan gincu bibir tertentu. (macam kawan cik lily)

Sehubungan itu, kenali bibir korang. Abaikan mitos yang biasa didengar jika inginkan sebentuk bibir menyerlah.


Mitos 1
Produk perawatan bibir (lip care ) seperti perapi bibir, pelindung bibir atau balm bibir beraroma buah boleh menyebabkan bibir kering dan pecah. 

Fakta
Aroma dihasilkan kandungan pewangi atau perisa hanya unsur tambahan. Semua produk perawatan bibir biasanya mengandungi pelembap seperti Vitamin E atau pelindung tabir suria yang sesuai dioles ke bibir.



Mitos 2
Menggunakan gincu bibir jenis matte (tidak berkilat) boleh menyebabkan bibir kering. 

Fakta
Bibir mengandungi melanin atau zat pigmen yang peka dengan sinar matahari. Jika bibir kering apabila mengenakan gincu bibir matte, ia adalah disebabkan kandungan minyak dalam bahan pelarutnya terlalu sedikit, bahkan tidak mengandungi air. Penggunaan yang terlalu kerap menyebabkan bibir tidak terlindung dan menjadi kering. paham tak ?



Mitos 3
Kebiasaan menjilat bibir membuatkan bibir sentiasa kekal lembap.

Fakta
Air liur mengandungi kelenjar dan enzim tertentu. Kebiasaan menjilat bibir boleh menyebabkan iritasi pada kulit bibir yang tipis hingga mengakibatkan bibir bertambah kering. kan ? lily selalu buat. bibir jadi kering sampai boleh kupas2 kulit kat bibir tu.



Mitos 4
Menambah olesan gincu secara berulang selepas warna asal yang disapu hilang tidak mendatangkan sebarang mudarat.

Fakta
Sebaiknya bibir dibersihkan terlebih dulu sebelum menyapu warna baru jika sapuan pertama dibuat selang beberapa jam. Ini kerana sapuan pertama tadi sudah tercemar di udara, bercampur debu bahkan sisa makanan. Jika diteruskan juga, dikhuatiri akan mencemarkan stik gincu anda. Ni dulu lily selalu buat sbb nak bibir cantik punye pasal kan. Lepas je tahu sekarang tak buat dah. bersihkan bibir dahulu baru boboh gincu merah makngah yang baru.

Mitos 5
Amalan menyapu madu sebelum tidur menjadikan bibir lembap dan sihat.

Fakta
Madu mengandungi kadar gula yang memberikan nutrisi pada bibir selain dapat menggantikan pelembap bibir. Selain madu, masker parutan aprikot dan lidah buaya juga dipercayai mempunyai khasiat yang baik untuk bibir. 


haaaaa. macam mane uols ? nak bibir cantik tak ?try lah amal kan yang last nie. insyaAllah bibir mu cantik yoooooo. hehe. 


SELAMAT MENCUBA YE :-)



__________________________________________________________

terima kasih kerana sudi meluangkan mase membaca di sini.. jangan lupe jengok lagi ye..
__________________________________________________________
BLOG INI HAK MILIK CIK LILY LYZA