Testshoot Dara.com

Assalamualaikum.

hai sayang-sayang kuh..

Korang tahu tak testshoot yang diadakan oleh pihak dara.com pada setiap bulan tu. tahu tak ? lily pon baru tahu sebenarnya. ok nak cerite sikit pengalaman masa pergi testshot pada 28 januari 2013 hari tu. mule tu saja lah gedik dok comment2/PM pihak dara.com kan. top top pihak admin balas cakap datang testshot untuk akan datang kan. tak lame beberapa jam kemudian. cewah. dara.com post yang memberitahu ade testshoot 28 januari . Melompat suke lah haku nie. siap terus text encik boyfriend suruh cuti hari senin tu. haha. sian die. 

Pihak admin cakap pakai kemas dan sopan dan simple makeup. so tak de lah rasa macam nak over kan. so lily pakai simple je lah. yang penting colorful tu. hehe.


yeayy.. nie lah cik lily yang sewel.

Sampai je dekat karangkraf dan dah isi borang untuk testshot mate mule lah jeling sane sini. mane tak nye rase macam kecik je kat situ sbb yang lain2 tu santik2 dan tinggi2 kot. mule lah nak ajak encik boyfriend pulang ke ipoh jugak mase tu. Tapi kuatkan semangat dan tinggikan diri yang rendah nie. hehe.
Masa untuk naik dan berposing maut.
Mase nak naik tu muke rilek je macam tak de pape.hehe. bende orang tak tahu takot dan nebesnye haku nie macam nak jerit macam tarzan je. mase dok tengok gadis2 lain dok posing2 tu. rase macam nak keluar je tak nak wat sbb tak tahu nak buat gaye ape. Mase lily dok posing2 tu. kene senyum tau. Tau tak lily senyum tapi terase bibir dok ketar2. haha. dalam hati nie 
* bila nak biz nie asik free shot 2x nie *
tapiiiiii...
lepas je hakak kamera tu kate last shot dan dah bis rase nak je cakap nak pose lagi-nak pose lagi. hehe. lagi 1 semua gadis2 yang datang tak sombong dan tak kedekut senyuman. tu yang paling penting kan kan kan.

hape da makcik ni,tak gune amik straw kalau tak gune..


Lepas dah pegi testshot tu. i jalan2 lah dengan encik boyfriend punye hakak dan habang ipar dan si comel isyraf.*geram nengok die nie

comeinye isyraf

Isyraf  + Abg Is + Kalong - Cik lily = happy Family


Ehem ehem sape nie sape nie hamboi..

Ok..tu je..kalau korang teringin nak pegi testshot majalah macam dara.com tu. Pastikan korang pakai color2 yang cerie ye. baru orang pon cerie tgk korang. Elakkan pakai putih atau hitam ye. kalau boleh jgn tapi kalau dah tak de baju sangat taram pakai je lah cik kiah oi. Janji sopan gitu kannn.

mekap.? Haaa dah pakai gojes2 tu mekap mesti nak meletop pom pom pom punyekan tapi tok testshot nie tak payah lah nak merah makngah sangat. Pakai simple mekap sudah. Orait. tu je yang lily nak share. 

tata titi tutu toto tilam semua. Assalamualaikum.

_________________________________________________________
terima kasih kerana sudi meluangkan mase membaca di sini.. jangan lupe jengok lagi ye..
__________________________________________________________

Cara Menghilangkan Bekas Jerawat


Assalamualaikum..
hai...

gambar hiasan

anda pernah tak bila ade jerawat je bekas jerawat tu susah nak hilang..penah tak? selalunye bila menyentuh kulit yang tengah berjerawat atau picit jerawat tu sendiri boleh menimbulkan bekas di kulit yang kadang2 susah nak hilang.
selain guna ubat2 yang ade kat kedai2 tu. Ada cara lain yang mudah dan murah. 
Antaranya :

Gunakan krim pencerah kulit/serum secara teratur

krim pencerah kulit atau serum dapat membantu memudarkan dan menutupi bekas jerawat di kulit. Cari krim / serum yang mengandungi L-aspartic acid yang mana telah terbukti dapat memudarkan bekas luka dalam beberapa minggu penggunaan. Gunakan secara teratur setiap malam sebelum korang tidur ye.


Pakai pembersih (Lemon)

Jus lemon segar telah lama digunakan sebagai bahan utama pembersih. Alpha-hydroxy acids yang terkandung dalam buah lemon akan membuatkan bekas jerawat di wajah namapak pudar. Cara lainnya,Anda boleh menepuk-nepuk air perahan lemon dengan menggunakan kapas di bahagian wajah yang memiliki bekas jerawat. Eh eh eh. jgn lupa bersihkan wajah secara teratur ye.


Madu sebagai pelembab wajah

Haaa...yang nie lily selalu buat..curi sikit ibu punye madu.


Madu adalah pelembab yang dapat membantu melembutkan kulit. Sebab biasanya kulit yang memiliki bekas jerawat akan kasar dan tidak halus ye dak. Gunakan madu organik asli untuk hasil terbaik. :-)


Tu Je. mudah kan. Try lah ye. byeeee

Untungnya ada business sendiri

assalamualaikum...

korang ada bisnes tak...? pada usia mude macam kita nie..(muda ke??) jika ada perniagaan sendiri mampu untuk melonjak kita untuk berjaya pada mase akan datang...perrghhh tatabahasaku...kali nie lily nak share untungnye kalau ade bisnes sendiri...hehe...memang susah nak berjaya dan memperkenalkan bisnes kita dengan mase yang pendek..tapi percaya lah..kalau kita sabar,gigih berusaha confirm boleh berjaye. lagi2 untuk gadis2 di luar sana. korang mampu punye nak bisnes sendiri..

sebagai gambar hiasan

Kebebasan waktu hanya boleh didapatkan dengan memiliki bisnis sendiri. korang dapat membuka dan menutup usaha setiap hari bila2 saja.
Saat menjadi pekerja korang harus masuk kerja berdasarkan jam yang ditentukan oleh pekerjaan itu punye waktu kan . Dan bila terlambat masuk kerja, maka potongan gaji akan menjadi ancamannya. betul tak? 

Pendapatan boleh Jadi Lebih Banyak

Kalau kerja makan gaji mesti telah di tetapkan gajinye kan dan secara automatik semua gaji pekerja sama jumlahnya. kan kan kan..
Beze tau kalau korang memiliki bisnes sendiri. Anda yang mengatur pendapatan sendiri, jika ingin memiliki pandapatan lebih banyak dapat dilakukan dengan membuka cabang usaha di tempat lain. Anda bahkan bolehmemberikan gaji kepada orang lain bila dalam mengelola bisnes Anda dibantu oleh mereka/pekerja. ((boleh dah jadi boss..hehe)

Boleh Diwariskan

Berbisnes adalah usaha yang dapat diwariskan secara turun temurun.  Cukup memahami ilmu dari orang tua, Anda sudah boleh belajar menjalankan dan mengelola bisnes tersebut.
Sedangkan menjadi pekerja, jabatan apapun yang sedang dimiliki saat ini tak dapat diwariskan kepada keluarga, bahkan diberikan kepada orang lain yang lebih mampu dan lebih ahli dalam bidang tersebut.

Kebebasan Hari Tua

Bisnes sebaiknya dirintis sejak usia muda agar di waktu tua Anda tinggal menikmati hasil dari berbisnes. Sementara bisnes tetap jalan dan dikelola oleh orang-orang kepercayaan korang, so senang di hari tua anda kan.
macam mane berminat nak bisness sendiri tak..? try lah pergi mane2 kursus untuk dapat tahu macam mane nak mula business ye..:-)
dadaaa koranggg...
visit my online shop ye... Lily'S Castle CollecTioN ..t.Q t.Q

Makanan Dan Hikmahnya Dalam Islam

Assalamualaikum...
hai semue2 nye tuh...

korang tahu tak khasiat yang ade dalam makanan yang kedang2 korang suka/tak suka makan ? ha..dulu dulu dulu lily tak tahu. tapi sekarang lily dah tahu khasiat2 yang ade dalam setiap makanan tu tau. meh lily share sikit ape yang lily tahu.


Epal


Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.




Pisang

Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.:-) sedappppppp...





Roti

Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".





Barli

Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam. lily pon salu minum barli suam biler demam..





Asparagus

Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.





Jintan Manis

Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.





Selasih


Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.



Bunga kubis

Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan. ingat tau.





Lobak merah


Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing. 




Mentega

Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Biji hitam
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habbal sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.





Biji kopi

Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan. lily juga selalu gunakan serbok kopi yang dah di tapis lepas minum air die tu. bukan serbok kopi yang belum bancoh tau. lily gune serbok kopi untuk haluskan kulit tgn.

Ayam
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Timun
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Kulit kayu manis
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus)yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.





Jintan putih 


Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.




Tamar kering


Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.




Telur

Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.





Terung

Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.





Ikan
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.

Bawang putih
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."



Inai
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.



Minyak sapi
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.




Halia
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.



Madu lebah
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."

Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).



Salad 
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.



Daging
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun.

Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

Tu je lah yang dapat lily share dengan korang semua. kalau ade khasiat lain yang korang tahu.comment ye... :-) 
sharing is caring..kan kan kan..
ok..tata titi tutu...
assalamualaikum..

yuyu zulaikha dah tunang

Assalamualaikum

hai saudare saudari hakak2 hadik2 mak pak sekalian.

korang sihat..?dah lame kan lily tak menahip di sini kan. bukan ape. dah lily last sem nie memang busy bebeno la. okay okay. hari nie punye entry bukan lah pasal lily. tapi nie nak habaq kat hampa yang belogger feberet lily dah tunang. sape sape sape. cer teka ? ha si hakak yang macam hadik tu lah. comey die tu rase macam nak tukar muke je dengan die. sape lagi kalu bukan yuyu zulaikha. pergghh comei gile hakak yuyu nie mase die tunang tu. geraaaammmmm saye.

nah hamik. nie la yuyu comey kan kan kan.

die tunang hujung tahun lepas. haku nie je yang tertinggal bus.naik sampan je tu pasai lambat no post entrynye. biler dah nengok yuyu nie tunang. ehem ehem. mule la rase macam nak jugak nak jugak *gedik lelebih. hakak yuyu nanti kahwin hajak la saye nie ye ye ye. hehe

hokey lah. cukup la tu heh. nak sambung wat final project yang hentah hape hape nie.

eh kejap kejap. kalau korang ada masa. mai lah shopping di Lily'S Castle Collection ye.
tengkiu tengkiu....


BLOG INI HAK MILIK CIK LILY LYZA