TIPS MENJAWAB EXAM !!


Assalamualaikum
Mood : EXAM FEVER..yeayyyyyyyhhh..

Ok lah tengah mod baek nie nak tulis entry. Woooo memang sekarang tengah duk study sepantas kilat petir pada saat-saat akhir nie. Tu lah awai2 tak mo stdy. Esok nak exam hang baru nak study. Dengan bertungkus lumus nya lily study gegila. Untuk last semester nie 4papers kene awak. 3 paper dah setel 1 paper je lagi nie. Alhamdulillah semua berjalan lancar. tapi bukan nie yang lily nak cerita kat entry nie. Point nye di sini nak kasi tips nak jawab exam.

Lily nie jenis tak boleh study awai2 mesti nak study last mint baru masuk segala ilmu yang berbulan2 yang lalu punya tu ha. So awak awak awak. Tips yang pertama, jangan lah study last minit. Bukan apa takut gelabah buaye nanti kalau semua yang anda bace langsung tak jadi apa, dan lily galakkan before korang masuk dewan tu, banyakkan bantu orang lain. Macam cube ingat kan apa2 yang penting dalam subject tu. Ia juga boleh kuatkan ingatan kita tau. Ha. Kot lah kan kawan awak terlupe bawak pen ke, pensil ke. Ha jangan kedekut sangat. Kasi kawan tu pinjam. Yang penting ikhlas. Kadang-kadang, bila kita ikhlas membantu orang, manfaat nya kita yang dapat. Mungkin jugak orang yang kita bantu tu mendoakan kita di dalam hati. Kan kan kan.

Ok2 seterusnya, masa nak mula exam pula, bismillah!!! Penting!! Berdoa di dalam solat sudah, usaha sudah, pembuka segala aktiviti kita tu jangan lupa! Sebelum membuka paper korang tu. Baca bismillah. Semoga Allah memberi jalan untuk kita mudah menjawab.

Bila dah habis exam tu, tak payah lah dok stress2 tak dapat jawab lah hape lah. Doa > usaha > dan ni masa tawakal. Korang dah tak boleh dah hamik paper tu buat balik pon kan. Piker pulak paper seterusnya ya.
Ha 1 lagi, masa exam tu kalau tak tahu. Jangan dok buat muka 10sen tension  ye. Kalau korang tak tahu jawapan atau tak ingat tak pe. Beralih kepada soalan seterusnya. Yelah. Kadang kadang sebab  dah tertekan dengan tak dapat jawab soalan tu kita boleh lupa jawapan untuk soalan lain tau. Betul tak ?
Bagi lily tawakkal dan percaya. Allah tu maha adil. Tak kejam pun. Jika kita minta kepadaNya,InsyaAllah dia memberi.

Entry ini, hanya untuk saja2 suka suki menaip. Apa pun. Makasih sudi terjah.. J

No comments:

Post a Comment

BLOG INI HAK MILIK CIK LILY LYZA